Kuala Lumpur Banjir Kilat Bukan Masalah Bagi Perodua Kelisa

Ibu kota Kuala Lumpur dilanda banjir kilat semalam susulan hujan lebat turun tanpa henti untuk beberapa jam disebelah petang.

Susulan itu, sebahagian besar Kuala Lumpur terutamanya disekitar Masjid Jamek, Dang Wangi dilanda banjir.

Senario itu turut menyaksikan banyak kereta dan motosikal yang diletakkan di sekitar kawasan tersebut ditenggelami air.

Bagaimanapun, ketika pemandu lain tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran sebahagian besar jalan ditenggelami air, sebuah kereta jenis Perodua Kelisa mencuri tumpuan orang ramai apabila dengan selamba meredah banjir.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1267350043629452

Siapa sangka kereta bersaiz kecil itu mampu meredah air yang tinggi tanpa mengalami mati enjin?

Tindakan pemandu Kelisa melepasi banjir itu turut mendapat sorakan orang ramai yang berada di kaki lima jalan raya tersebut.

Perodua Kelisa

Perodua Kelisa merupakan antara model popular diperkenalkan syarikat kereta nasional kedua negara ketika dilancarkan julung kalinya pada 2001 sebelum ditamatkan penghasilan pada 2009.

Selain daripada tahan lasak (berdasarkan pengalaman sendiri) Kelisa juga dikenali sebagai kenderaan yang jimat minyak namun selepas kejadian semalam, profil Kelisa kini berkembang sebagai kereta yang berkebolehan meredah banjir.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]