Masuk Laluan Motosikal, Aplikasi Waze Disalahkan

Tindakan pemandu kereta memasuki laluan motosikal dan membahayakan penunggang motosikal lain semakin kerap berlaku.

Beberapa minggu lalu, sebuah kereta jenis Toyota Vios bukan sahaja memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan malah melawan arus hingga menyebabkan kemalangan seorang penunggang motosikal.

https://www.facebook.com/watch/?v=600573130641070&extid=hbYmSrJPLSewWtsI

Kemudian, sebuah kereta jenis Perodua Bezza turut dirakam memasuki laluan motosikal di lebuhraya sama dan membahayakan penunggang di lorong terbabit.

Kini, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, kedua-dua pemandu tersebut mengakui memandu menggunakan aplikasi Waze.

https://www.facebook.com/watch/?v=326549198550137&extid=ktmrBg83vUMu9T2y

“Kedua-dua pemandu berkenaan membuat pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil,” jelasnya.

Kedua-dua pemandu tersebut telah pun dipanggil membuat keterangan di IPD Petaling Jaya, Rabu lalu.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua pemandu boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabit kesalahan.

Rakaman kedua-dua insiden tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menggesa agar tindakan lebih tegas di ambil bagi memastikan nyawa penunggang motosikal terus dilindungi. –HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]