Ducati Panigale V4 BSB 2019 Milik Scott Redding Untuk Dijual – RM622,900!

Jentera Ducati Panigale V4 yang menyumbang kepada kejuaraan Scott Redding di British Superbike (BSB) 2019 kini untuk dijual.

Jentera terbabit dibeli terus daripada pasukan PBM di penghujung musim 2019 dan merupakan satu-satunya (daripada dua) jentera yang dilepaskan pasukan itu.

Menurut laporan, Panigale V4 itu merupakan jentera yang menyumbang kepada kejayaan PBM dalam merangkul kejuaraan BSB bersama Redding apabila merekodkan kemenangan di Donington Park GP, Snetterton, Knockhill, Oulton Park, dan Litar TT Assen.

Bukan itu sahaja, jentera ini cukup istimewa bagi Redding tatkala membantunya dalam merekodkan kejuaraan dalam musim sulungnya di BSB!

Kejayaan Redding di BSB 2019 menyaksikan pelumba itu kini beraksi di WorldSBK 2020 bersama pasukan Aruba.it Racing dan meneruskan hubungan dengan jentera Ducati.

Pembeli yang berminat akan turut mendapat pelbagai aksesori tambahan antaranya, tayar slick Pirelli Superbike Sc2 termasuk tayar yang digunakan Redding ketika menjuarai BSB!

Bukan itu sahaja, pembelian jentera juara ini juga didatangkan dengan sarung tangan, but dan helmet yang telah ditandatangani oleh Redding sendiri.

Bagi yang berminat, jentera ini ditawarkan pada harga USD150,000 (RM622,900)!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]