Honda CBR600RR 2021 Dilancarkan Di Jepun – RM63,500!

Honda CBR600RR 2021 akhirnya dilancarkan secara rasminya di Jepun selepas berbulan jentera sportsbike segmen pertengahan itu dicanang akan diperkenalkan.

Media Jepun, Young Machine merupakan outlet pertama yang mencetuskan khabar angin tersebut dan seperti biasa, maklumat dalaman yang ternyata benar.

Bagi tahun 2021, terdapat banyak penambahbaikan baharu bagi memastikan jentera sportsbike 600cc itu terus relevan masa kini.

Didatangkan dengan enjin 599cc 4-inline DOCH, CBR600RR kini menawarkan 121hp pada 14,000rpm dan 64Nm pada 11,500rpm lebih tinggi berbanding model sebelumnya hasil bantuan camshaft, valve springs dan crankshaft serba baharu.

https://www.facebook.com/motomalaya/videos/799330637541818/

Model ini turut menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya sistem ABS, ride-by wire, traction control, wheelie control, fork Show Big Piston, dan slipper clutch.

Malah, jentera ini turut didatangkan dengan sistem bi-directional quickshifter secara standard di samping kaliper brek Tokico dan tangki 18L.

Rekaan keseluruhan Honda CBR600RR diinspirasikan daripada CBR1000RR-R Fireblade yang turut merangkumi winglet yang terletak di bahagian fairing depan kiri dan kanan jentera.

Menariknya, ini merupakan julung kalinya ciri winglet diperkenalkan pada jentera sportsbike segmen pertengahan.

Honda CBR600RR dipasarkan di Jepun dengan harga JPY1,606,000 (RM63,543).

Adakah CBR600RR akan turut sama mendarat di Malaysia? Ikuti perkembangan di MotoMalaya.Net!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]