Kerajaan Jepun Cadang Gabungkan Honda-Nissan

Kerajaan Jepun telah cuba mengusulkan cadangan untuk menggabungkan Nissan dan Honda ekoran terdapat kebimbangan mengenai masa depan negara itu dalam sektor pengeluaran kereta.

Cadangan itu telah diusulkan pada penghujung 2019 atas kebimbangan Jepun kehilangan kelebihan sebagai antara negara pengeluar kereta terbesar dunia susulan peralihan ke kereta elektrik.

Difahamkan, idea gabungan Nissan-Honda datangnya daripada penasihat Perdana Menteri, Shinzo Abe tatkala mereka bimbang kerjasama di antara Nissan dengan Renault SA of France semakin getir sejak 2018 susulan penahanan Carlos Ghosn atas kesalahan pecah amanah.

Penasihat Abe bimbang, pertalian di antara Nissan dengan Renault akan membawa kepada kejatuhan syarikat itu lalu menjejaskan imej Nissan bersama-sama Mitsubishi Motors Corp yang turut sama terlibat dalam kerjasama tiga penjuru tersebut.

Menurut laporan, difahamkan Nissan-Honda telah pun menolak cadangan gabungan tersebut dengan menunjuk kepada struktur rumit Nissan-Renault menjadi penyebab utama.

Nissan turut menolak cadangan tersebut kerana mahu memfokuskan semula kerjasama dengan Renault.

Di antara lapan pengeluar kereta Jepun, empat daripadanya – Mazda Motor Corp., Subaru Corp., Suzuki Motor Corp., dan Daihatsu Motor Co – mempunyai talian dengan Toyota Motor Corp sekaligus menjadikan Honda satu-satunya pengeluar tanpa jalinan kerjasama dengan pengeluar lain. – JT

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]