Razlan Razali Tinjau Keadaan Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin mengalami situasi menggerunkan ketika aksi di GP Austria semalam selepas terlibat kemalangan ngeri.

Hafizh menghentam jentera Enea Bastianini yang terjatuh dan tercampak beberapa meter akibat perlanggaran (head-on) tersebut.

Senario itu turut mencetuskan kebimbangan peminat Hafizh di tanah air yang menyaksikan perlumbaan tersebut secara langsung, semalam.

Bagaimanapun, Hafizh boleh menarik nafas lega apabila Aspar Team mengesahkan Hafizh tidak mengalami kecederaan serius.

“Saya bernasib baik kerana tidak berlaku patah tulang. Kemalangan itu cukup mengerikan. Saya berasa sakit di bahagian kaki dan di pangkal paha tetapi telah disahkan tiada keretakan tulang berlaku.

“Saya akan cuba pulih untuk kembali beraksi minggu ini,” jelasnya.

Sementara itu, prinsipal pasukan Petronas SRT, Dato Razlan Razali turut singgah untuk meninjau keadaan Hafizh.

Ketika lap 4 aksi Moto2, pelumba Italtrans, Bastianini hilang kawalan lalu terbabas dengan jenteranya berada di tengah-tengah litar.

Ketika pelumba lain cuba mengelak, Hafizh yang berada di belakang Jake Dixon gagal melihat jentera tersebut lalu menghentamnya secara terus dan tercampak.

Aksi Moto2 menyaksikan Jorge Martin merekodkan kemenangan dengan Luca Marini dan Marcel Schrotter lengkapkan podium di tempat kedua dan ketiga.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]