CB1000X Dan CBR1000R Projek Baharu Honda 2021

Media Jepun, Young Machine sekali lagi membuat pendedahan menarik apabila melaporkan Honda bakal menghasilkan dua jentera bernadikan 1000cc.

Honda CB1000X

Honda CBR1000R dan CB1000X merupakan dua model baharu yang dicanang dalam pembikinan di Jepun bagi pasaran 2021.

Bagi yang berasakan rekaan CB1000X seakan pernah dilihat, ini kerana Honda pernah menayangkan jentera konsep, CB4X yang menampilkan rekaan sama ketika di EICMA tahun lalu.

Honda CBR1000R

Dakwaan model baharu ini ada asasnya tatkala pengeluar motosikal Jepun itu perlu melaksanakan kemaskini bagi mematuhi piawaian Euro 5 di samping menghasilkan jentera yang mampu memberi saingan kepada BMW S 1000 XR dan Ducati Multistrada 1260 S.

Bagaimanapun, Honda perlu memastikan jentera tersebut memiliki kuasa yang cukup tatkala S 1000 XR menawarkan 165hp manakala 1260 S sekitar 158hp.

Meskipun ini ‘mungkin’ hanya khabar angin tetapi jika dakwaan itu datangnya dari Young Machine, semua pihak perlu ambil serius kerana mereka seakan ada orang dalam yang menyalurkan maklumat ini.

Honda CBR650R & CBR400R

Sementara itu, CBR1000R merupakan jentera segmen sport touring yang menawarkan tahap keselesaan seperti Ninja 1000SX namun cukup berkuasa dan merupakan model berasaskan rekaan CBR650R dan CBR400R yang ditawarkan sejak 2019.

Jika lihat kepada dua imeh ini jelas memaparkan Honda memilik projek yang sangat menarik untuk ditawarkan bagi tahun 2021. – Young Machine

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]