BMW M8 Coupe Dan M8 Gran Coupe Kini Di Malaysia – RM1.4 Juta!

BMW Malaysia melancarkan M8 Coupe dan M8 Gran Coupe di Secret Garage @ M Town, hari ini.

Kedua-dua model tersebut merupakah ahli terbaru dalam keluarga jentera berprestasi tinggi segmen kereta mewah BMW.

BMW M8 Coupe

BMW M8 Coupe merupakan model yang julung kali diperkenalkan dalam varian 8 Series yang dilengkapi dengan enjin paling berkuasa – 4.4L V8 dengan teknologi TwinPower – yang menawarkan 600hp dan 750Nm pada 1,800 – 5,600rpm.

BMW M8 Gran Coupe

Enjin diberi nama S63 ini merupakan paling berkuasa pernah dihasilkan BMW dan mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 3.3 saat dan mencatat kelajuan maksima 250km/j.

BMW M8 Gran Coupe

BMW M8 Coupe turut menawarkan 10.4L bagi setiap 100km manakala M8 Gran Coupe menawarkan penjimatan lebih baik dengan 10.7L bagi setiap 100km.

BMW M8 Coupe

Kedua-dua model didatangkan dengan tiga mod pemanduan daripada unit V8 tersebut menerusi ‘Efficient’, ‘Sport’dan ‘Sport Plus’.

Segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan M Steptronic dengan Drivelogic yang mudah dioperasikan melalui gear selector atau secara manual menggunakan paddel di belakang stereng.

Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan dan unik, M8 Coupe dan Gran Coupe disertakan dengan Sound Control yang bertujuan mengawal bunyi dihasilkan sistem ekzos M Sport.

Pemanduan juga boleh dilaras mengikut cita rasa pemandu; dari 4WD kepada 4WD mod Sport, atau 2WD (rear-wheel-drive) untuk kegunaan di litar lumba.

Ruang dalam juga boleh dilaras secara elektronik dengan tetapan tempat duduk disertakan dengan Memory function bagi memudahkan pelarasan dilakukan.

Tempat duduk belakang juga menawarkan keselesaan dengan kemasan kulit Merino didatangkan secara standard.

BMW M8 Coupe menawarkan ruang letak barang berkapasiti 420L sementara Gran Coupe, 440L.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • BMW Operating System 7.0 dengan skrin 12.3 inci
  • Control Display 10.25inci resolusi tinggi
  • Actie Cruise Control dengan fungsi Stop&Go
  • Driving Assistant Profesional
  • Parking Assistant Plus
  • Lane Keeping Assistant
  • Lane Change Assistant
  • Crossing-traffic Warning dan Reverse Assistant

Manakala BMW ConnectedDrive menawarkan servis berkualiti menerusi Connected Package Profesional yang merangkumi Remote Services, Teleservices, Intelligent Emergency Call, Apple CarPlay dan Concierge Service.

Tujuh warna ditawarkan bagi kedua-dua varian antaranya Alpine White, Brands Hatch Grey, Marina Bay Blue, Motegi Red, Black Sapphire, Donington Grey dan Barcelona Blue.

Bagaimanapun, bagi yang mengejar perbezaan, terdapat satu unit eksklusif BMW M8 dengan pilihan warna Individual Frozen Bluestone yang boleh dimiliki dengan harga tambahan RM30,000.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan kedua-dua model ini pada harga berikut:

BMW M8 Coupe : RM 1,452, 960. 88
BMW M8 Gran Coupe : RM 1,455, 145.25

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]