Honda CBF190R Bakal Diperkenalkan Di Pasaran Luar Selain China, Malaysia Tersenarai?

Jika melihat kepada trend masa kini, segmen motosikal 200cc semakin mendapat tempat temasuk di Malaysia.

Modenas Pulsar NS200/RS200, KTM Duke/RC 200, GPX Gentleman 200 dan TVS Apache 200 merupakan antara jentera yang popular disini namun sayangnya tiada pengeluar Jepun – Honda dan Yamaha – yang menawarkan model segmen 200cc tersebut.

Modenas Pulsar NS200

Berbeza kisahnya di China apabila Honda memasarkan CBF190R, sebuah motosikal naked sport.

Menurut laporan, Honda bakal memperkenalkan CBF190R di luar pasaran China apabila telah pun memfailkan paten di India sekaligus menandakan kemasukan model itu kelak.

Honda CBF190R didatangkan dengan enjin 184cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menawarkan 16.6 hp dan 16.3 Nm.

KTM Duke 200

Ketika ini tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di Malaysia namun sekiranya perkara itu berlaku Honda perlu meningkatkan sesaran enjin ke sekitar 200cc tatkala Pulsar NS200/RS200 menawarkan kuasa lebih tinggi, 24.5hp sementara Duke 200, 25hp.

Bukan itu sahaja, Pulsar NS200/RS200 serta Duke 200 turut didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS) secara standard.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]