Persoalan F1 Bakal Kembali Ke Malaysia, Ini Jawapan CEO Litar Antarabangsa Sepang

Baru-baru ini terdapat dakwaan bahawa Formula 1 akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tahun ini.

Bagaimanapun, dakwaan itu dianggap sekadar khabar angin tatkala terlalu awal sekiranya F1 – yang kali terakhir dianjurkan pada 2017 – kembali tahun ini tatkala tahun depan merupakan jangka masa yang lebih realistik.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif mendedahkan sememangnya terdapat perancangan untuk F1 kembali ke Sepang tahun ini menggantikan GP Shanghai.

“Sebenarnya kami menerima tawaran untuk mengadakan Formula 1 menggantikan Shanghai tahun ini susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara itu lebih runcing.

“Bagaimanapun, mengambil kira situasi semasa di Malaysia, kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan perancangan itu,”jelasnya.

Meskipun didatangkan dengan tawaran itu, Azhan mendedahkan pihak SIC mengambil kira pelbagai faktor untuk tidak meneruskan perancangan tersebut termasuk mengadakan perlumbaan tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun, faktor kos yang tinggi ditambah tanpa kehadiran penonton tidak akan membawa pulangan yang berbaloi sekaligus jadi antara sebab rancangan itu dibatalkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]