Kondisi Nora Danish, Jentera MotoGP KTM RC16 Untuk Dijual – Hanya RM1.4 Juta

Advertisements

Teringin nak rasa seperti Pol Espargaro di litar lumba?

KTM menawarkan dua jentera MotoGP RC16 dengan harga EUR288,000 (RM1.4juta) (sebelum VAT) tetapi dengan harga tersebut anda juga akan menerima:

  • race suit Pol Espargaro
  • helmet perlumbaan dengan tandatangan Pol Espargaro
  • pakej MotoGP VIP bagi musim 2021 termasuk pas belakang tabir, berjumpa dengan pelumba MotoGP dan set pakaian lengkap Red Bull KTM Factory Racing Team

KTM RC16 merupakan jentera yang bertanggungjawab membantu (Pol) Espargaro memulakan perlumbaan di barsian depan di Misano World Circuit Marco Simoncelli sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik.

Pihak yang berminat hanya perlu menghantar e-mel ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan atau membuat pembelian.

Bagaimanapun, KTM akan menentukan pembeli yang benar-benar layak untuk membeli kedua-dua jentera terbabit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.