CFMOTO Melancarkan 700CL X, Masuk Malaysia 2021

Advertisements

Beberapa minggu selepas CFMOTO melancarkan 250 SR untuk pasaran Malaysia, pengeluar motosikal China itu memperkenalkan 700CL X menerusi siaran strim langsung.

CFMOTO 700CL X merupakan motosikal jenis naked yang menggabungkan elemen scrambler dan cafe racer.

Model ini membuat penampilan sulung ketika di EICMA tahun lalu hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal Austria, KTM.

CFMOTO 700CL X Heritage

Malah, rekaan keseluruhan 700CL X ini turut direka oleh Kiska, syarikat pereka berpangkalan di Austria yang turut bertanggungjawab menghasilkan rekaan untuk KTM.

Terdapat tiga varian ditawarkan bagi 700CL X ini; Sports, Heritage dan Adventure dengan masing-masing menawarkan dinamik berbeza.

Lebih menarik, jentera ini mengguna pakai enjin 692cc silinder berkembar yang menawarkan sekitar 74hp dan 67Nm.

CFMOTO 700CL X Adventure

Beberapa ciri menarik lain turut ditawarkan di bahagian enjin antaranya ‘split-type connection rod’, ‘forged piston’, pendikit elektronik dan klac sliding.

CFMOTO 700CL X Sports

Jentera dengan berat 183 kilogram ini menawarkan lampu LED (depan dan belakang), sistem ABS, cruise control, port mengecas USB di bawah tempat duduk dan kawalan perlindungan elektronik – mungkin merujuk kepada sistem penggera.

Rekaan keseluruhan 700CL X ini turut tampak seakan Ducati Scrambler termasuk paparan LCD yang digunakan.

Menurut CFMOTO Malaysia, 700CL X mungkin akan diperkenalkan di pasaran tempatan tahun depan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.