PKPP: Orang Ramai Dibenarkan Balik Kampung Sempena Aidiladha

Kerajaan tidak akan menyekat hasrat orang ramai untuk pulang ke kampung hujung minggu ini bagi menyambut Aidiladha.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Ismail Sabri menjawab spekulasi yang tular di media sosial ekoran ada yang menjangkakan kerajaan akan melarang orang ramai pulang ke kampung susulan kebimbangan peningkatan kes baharu Covid-19, baru-baru ini.

Bagaimanapun, orang ramai digesa untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kita jaga kita, kita kena pastikan SOP dipatuhi. Mereka (orang awam) bebas untuk balik,” jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]