Ducati Malaysia Perkenalkan Program Khas Tangani Isu Banjir

Advertisements

Bagi yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda pusat pamerna Ducati di Petaling Jaya, April lalu, Ducati Malaysia memperkenalkan Ownership Enhancement Programme.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael, program tersebut dicipta khas bagi pemilik yang terkesan.

Menerusi program ini, setiap pemilik yang terkesan akan mendapat faedah seperti berikut:

  • waranti lanjutan 12-bulan
  • pemeriksaan 38-poin
  • bantuan tepi jalan percuma selama 12 bulan oleh Allianz General Insurance

Difahamkan, Ducati Malaysia telah pun menghubungi pelanggan yang terkesan dan memaklumkan mengenai program ini di samping mengemaskini status baik pulih motosikal masing-masing.

Pada masa sama, orang ramai boleh menghubungi Ducati Malaysia menerusi email di [email protected]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.