Porsche 718 Cayman GT4 Dan 718 Spyder Diperkenalkan – Dari RM970,000

Advertisements

Kedua-dua model ini menandakan kembalinya enjin ‘flat-six’ dalam keluarga ‘mid-engine’ Porsche.

Model 718 ini menawarkan enjin 4.0L enam-silinder yang telah direka semula berdasarkan enjin turbo yang ditawarkan siri 911 Carrera.

Porsche 718 Cayman GT4

Hasilnya, model baharu ini menawarkan kuasa di antara 35 hingga 45hp lebih tinggi berbanding model sebelumnya dan 420Nm pada 5,000 dan 6,800rpm.

Porsche 718 Cayman GT4

Kedua-duanya mampu merekodkan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dengan kelajuan maksima mampu mencecah lebih 300km/j.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara ciri baharu diperkenalkan adalah ‘adaptive cylinder control’ yang berkeupayaan mengubah suntikan bahan api ke dalam tabung silinder.

Porsche 718 Spyder

Sementara itu, 718 GT4 dan Spyder ini julung kalinya dilengkapi dengan suntikan piezo yang berfungsi dengan menyuntik lima suntikan berasingan ketika proses suntikan bahan api bagi memastikan pembakaran yang sempurna.

Pada masa sama, kotak gear manual 6-kelajuan memastikan pemanduan sporty yang lebih mengujakan.

Porsche 718 Spyder

Sementara itu, Porsche juga menawarkan pakej Clubsport bagi 719 Cayman GT4 yang merangkumi tetapan untuk litar lumba antaranya roll bar, pemadam api dan tali pinggang keledar enam poin di bahagian pemandu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sementara pakej Classic bagi Spyder meningkatkan lagi ruang dalam dengan pilihan warna kulit dua tona Bordeaux Red/Black.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah penggunaan tayar prestasi tinggi, brek kaliper aluminium sementara Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) juga ditawarkan sebagai pilihan tambahan.

Porsche 718 Cayman GT4 dan 718 Spyder ditawarkan pada harga RM999,000 dan RM970,000.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.