GIVI Malaysia Perkenalkan B42N Antartica

Pengeluar aksesori yang terkenal dengan kotak simpanan motosikal, GIVI telah melancarkan model ‘top case’ baharu, B42N Antartica, hari ini.

GIVI turut melakar sejarah baharu apabila melancarkan produk ini menerusi siaran strim langsung di Facebook GIVI Malaysia.

GIVI Antartica didatangkan dengan reka bentuk baharu yang lebih dinamik hasil penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh.

Elemen primastik dengan keupayaan reflektif di empat penjuru menjadikan model ini antara yang menawarkan ciri kebolehnampakan yang tinggi ketika berada di jalan raya.

Menawarkan kapasiti 42 liter, model ini menawarkan ruang yang lebih besar dan mampu memuatkan sehingga dua buah helmet ‘open face’ atau satu helmet jenis modular.

Sebagai ciri keselamatan, B42N Antartica ini juga dilengkapi sistem micro 3 locking yang kini lebih efisien dan selamat.

Model ini mengguna pakai bahan Polypropylene (PP) kelas tertinggi dengan gabungan teknik ‘injection’ bagi memastikan model ini kekal kukuh seperti yang terdapat pada ‘top case’ lain.

Orang ramai boleh mula mendapatkan B42N Antartica ini di GIVI Point seleuruh negara bermula Ogos ini dengan harga RM420 sahaja.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]