Dari Jalan Raya Ke Litar Lumba, Michelin Lancar 4 Tayar Baharu

Pengeluar tayar terkenal dunia, Michelin telah melancarkan empat model tayar baharu bagi varian Michelin Power.

Michelin Power 4, Michelin Power GP, Michelin Power Cup dan Michelin Power Slick merupakan penambahbaikan daripada tayar yang ditawarkan Michelin.

Menurut Pengarah Komersil Michelin 2-Wheel Asia, Ross Shields, tawaran baharu daripada Michelin ini terhasil daripada sentuhan MotoGP.

“Sejak Michelin kembali sebagai pengedar tayar utama di MotoGP pada 2016, kami menggunakan pembangunan teknikal yang sama untuk menghasilkan tayar untuk kegunaan seluruh dunia.

“Pelancaran empat tayar baharu bagi segmen hypersport dan perlumbaan ini merupakan manifestasi daripada yang ditawarkan di MotoGP,” jelasnya.

Michelin Power 5 dan Power GP

Kedua-dua model ini menggabugnkan kompaun silica dengan karbon hitam.

Power 5 merupakan 100 peratus untuk kegunaan harian sementara Power GP adalah 50 peratus jalan raya dan 50 peratus litar.

Michelin Power GP menawarkan prestasi terbaik bagi keadaan jalan kering dan basah berbanding pesaing lain.

Michelin Power Cup dan Power Slick

Kedua-duanya adalah untuk kegunaan litar dengan Power Cup menawarkan 10 peratus untuk jalan raya dan 90 peratus untuk litar sementara Power Slick adalah 100 peratus untuk kegunaan litar.

Kesemua tayar ini boleh didapati di pengedar rasmi Michelin seluruh negara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]