20 Tahun Penjara, Denda RM150,000 Menanti Pemandu Mabuk

Memahami gesaan orang ramai dalam memperketatkan hukuman terhadap pemandu mabuk, kerajaan telah mengusulkan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sekiranya diluluskan, pemandu mabuk bakal berdepan tindakan hukuman penjara maksimum 20 tahun termasuk denda sehingga RM150,000.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Kita mencadangkan agar penjara maksimum dengan pindaan 15 tahun bagi kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya,” jelasnya.

Dia turut mencadangkan agar kadar denda ditingkatkan daripada RM20,000 kepada RM100,00 untuk kesalahan pertama dan naik sehingga RM150,000 bagi kesalahan seterunsya.

Pada masa sama, penggantungan lesen turut dicadang untuk dinaikkan ke 20 tahun berbanding 10 tahun sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Ka Siong turut memberi kuasa kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menangkap mereka yang didapati memandu dalam keadaan mabuk. – BH

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]