Proton Saga Edisi Ulang Tahun Dilancarkan, Aksesori Boleh Dibeli Berasingan

Bagi meraikan ulang tahun Proton Saga ke-35, Proton melancarkan Proton Saga edisi Ulang Tahun Ke-35, hari ini.

Terhad kepada 1,100 unit sahaja, Proton Saga edisi khas ini merupakan penghargaan kepada model itu yang telah menyumbang banyak dalam menaikkan jenama Proton dan Malaysia.

Edisi terhad ini didatangkan dengan warna hitam dan kuning eksklusif di bahagian luar dan dalam.

Antara ciri yang didatangkan pada model edisi terhad ini adalah:

  • Front Skirting
  • Side Skirtings,
  • Door Visors
  • Hood Insulator
  • Trunk Lid Cover
  • Boot Tray

Menariknya, aksesori – bernilai RM2,350 – ini turut boleh dibeli secara berasingan dan dipasang pada model Saga 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong berkata, “Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda kepada Saga sejak 35 tahun yang lalu.

Anda boleh membuat tempahan pada hari ini dengan mengunjungi pusat jualan kami atau melakukannya secara dalam talian.”

Proton Saga Edisi Ulang Tahun Ke-35 ditawarkan pada harga RM39, 300.

Dalam perkembangan sama, demi menjaminkan kesihatan pemilik Proton, setiap pembelian kereta Proton – Saga, Persona, iriz dan Exora – akan dilengkapi penapis kabin N95 yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model X70.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]