Ini Dia Triumph Speed Triple 1160 Baharu?

Advertisements

Empat tahun lalu, Triumph memperkenalkan Speed Triple generasi terbaru dengan enjin 1,050cc yang mematuhi piawaian Euro 4.

Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu, nama Speed Triple mula ketinggalan tatkala pengeluar lain memperkenalkan motosikal ‘hypernaked’ yang lebih menonjol antaranya Ducati Streetfighter V4, Kawasaki ZH2 dan KTM 1290 Super Duke R.

Empat tahun kemudian dengan Eropah menguatkuasakan Euro 5, setiap pengeluar kini terpaksa mengerahkan bahagian pengeluaran untuk menaik taraf model sedia ada.

Senario ini memaksa Triumph untuk kembali mereka semula Speed Triple dari akar umbi.

Tidak hairanlah terdapat laporan bahawa Triumph sedang membina Speed Triple baharu dengan enjin yang lebih besar.

Sumber Imej: Ride Apart

Perkara itu kemudiannya disahkan menerusi gambar ‘spyshot’ yang tular.

Menariknya, generasi Speed Triple baharu ini menawarkan kemas kini sama seperti yang terdapat pada Street Triple namun dengan pengayaan lebih agresif.

Bagaimanapun, bahagian yang menjadi tumpuan utama terarah kepada bahagian enjin yang jelas tampak berbeza seperti 1050 sedia bukan sahaja rupa keseluruhan malah aspek ‘crankcase’ juga berbeza.

Senario ini sekaligus menguatkan khabar angin tentang enjin 1,160cc yang bakal diperkenalkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.