Kymco RevoNEX Bakal Jadi Realiti, Dipasarkan Tahun Depan

Ingat lagi jentera yang didedahkan KYMCO ketika di EICMA tahun lalu? Pengeluar motosikal Taiwan itu kini bakal mengangkat RevoNEX ke peringkat pengeluaran.

Kymco RevoNEX muncul antara jentera paling mencuri tumpuan ketika di Milan tahun lalu.

Ini kerana, RevoNEX merupakan motosikal elektrik yang menawarkan pengalaman tunggangan sama seperti motosikal berenjin petrol menerusi penggunaan transmisi enam kelajuan dengan ‘gear shifter’ konvensional.

Tindakan bijak itu dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan berpotensi berbanding pengeluar lain yang memilih menghasilkan jentera elektrik dengan gear automatik.

RevoNEX kini disahkan akan berada di pasaran pada 2021 setelah Kymco didapati memfailkan paten bagi model terbabit.

Berdasarkan paten tersebut, terdapat beberapa perubahan kecil dilaksanakan berbanding model konsep antaranya kaliper brek dan penutup pilion.

Menariknya, bagi melengkapkan penggunaan ‘gear shifter’ model ini telah dipasang dengan sistem yang akan menghasilkan bunyi – mengikut penggunaan gear – seakan bunyi ‘revs’ seperti ditawarkan enjin petrol.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]