Ford Ranger Raptor Baharu Dapat Suntikan Enjin 2.7L V6 – 325HP

Generasi baharu Ford Ranger Raptor kini dalam pembikinan dengan wujudnya laporan Ford bakal melakukan pembaharuan dari segala aspek termasuk memperkenalkan enjin baharu.

Enjin 2.7L tersebut dikhabarkan akan menjana 325hp dan 542Nm yang akan disalurkan menerusi transmisi 10-kelajuan.

Bagaimanapun, bagi pasaran luar terutamanya di Asia dan Eropah, model ini akan ditawarkan dengan dua varian yang mengguna pakai enjin diesel.

Varian standard dijangka didatangkan dengan enjin 2.0L twin-turbo diesel yang menjana 210hp sementara varian 3.0L V6 diesel menawarkan 255hp dengan 600Nm.

Kedua-duanya dilengkapi dengan kotak gear 10-kelajuan dengan AWD.

Pada masa sama, dijangka model baharu ini juga akan menawarkan ruang yang lebih luas dengan pelbagai ciri keselamatan dan teknologi baharu akan diperkenalkan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]