Bengkel Motosikal Di Pecah Masuk, BMW S 1000 RR Dan Aprilia RSV4 R Antara Dilarikan

Sebuah bengkel motosikal terletak di Sungai Petani, Kedah, First 42 Bike Shop telah dipecah masuk, baru-baru ini.

Bengkel tersebut yang menawarkan servis bagi motosikal berkuasa besar telah dipecah masuk pada Jumaat lalu.

Antara yang dilarikan adalah dua buah BMW S 1000 RR, sebuah Aprilia RSV4 R dan satu unit Harley Davidson.

Bukan itu sahaja, beberapa aksesori lain turut dicuri antaranya kaliper dan lever Brembo.

Pemilik bengkel tersebut turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan kedai selepas kejadian di akaun Facebooknya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3360356774023289&set=pcb.3360368200688813&type=3&theater

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden tersebut diminta menghubungi Arolwaj Zan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]