Ducati Panigale Superleggera V4 001 Diserahkan Kepada Pelanggan Pertama

Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah menyerahkan model 001 Superleggera V4 kepada pelanggan sulung, Filip Van Schil.

Van Schil yang telah pun memiliki sembilan unit Ducati telah dijemput ke Borgo Panigale untuk menerima jentera tersebut.

“Menerima jentera tersebut di kilang Ducati sendiri adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Hari seperti inilah yang menjadikan Ducati berbeza daripada pengeluar lain,” jelas Van Schil.

Hanya 500 unit Superleggera V4 dihasilkan untuk pasaran dunia dengan harga dijual sekitar USD100,000.

Pada masa sama, Ducati turut membawa Van Schil meninjau pembinaan Superleggera V4 di Borgo Panigale sebelum dibawa melihat muzium Ducati, Centro Stile Ducati dan Racing Department.

Menerusi pembelian Superleggera V4, Van Schil juga berpeluang untuk menguji Panigale V4 R yang bertanding di WorldSBK di litar Mugello.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]