Yamaha Perkenalkan Tenere 700 Rally Edition Untuk Pasaran Eropah

Yamaha perkenalkan Tenere 700 versi Rally Edition untuk pasaran Eropah.

Menariknya, model ini menampilkan pilihan warna dan grafik yang ditonjolkan model Tenere sulung – XT 600 – pada Rali Dakar 1983.

Terdapat beberapa penambahbaikan baharu yang diperkenalkan terhadap versi Rally Edition ini antaranya tempat duduk rali yang direka khas kini 20mm lebih tinggi berbanding tempat duduk standard sekaligus menawarkan penunggang ketinggian yang lebih selesa dan tempat duduk menegak.

Bukan itu sahaja, Rally Edition ini turut disertakan dengan ekzos slip-on daripada Akrapovic, pelindung haba karbon dan Db killer.

Komponen premium lain yang turut disertakan adalah skid plate dengan ketebalan 4mm, pelindung radiator dan pelindung rantai.

Yamaha turut menawarkan sebuah toolbox yang boleh dipasang di skid plate tersebut sementara pencahayaan ditawarkan menerusi penggunaan lamp u LED.

Tenere 700 Rally Edition ini dikuasakan dengan enji 689cc CP2 yang menawarkan 72hp dan 68Nm pada 6,500rpm.

Jentera ini ditawarkan pada harga EUR11,572 (RM55,707).

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]