10 Koleksi Kereta Milik Pemain Liverpool, Juara Liga Perdana Inggeris 2019/20

Advertisements

Selepas penantian 30 tahun Liverpool diumumkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berbaki 7 perlawanan susulan kekalahan Manchester City di tangan Chelsea, awal pagi tadi.

The Reds muncul juara selepas kali terakhir melakukannya pada 1990 ketika di bawah kendalian Kenny Dalglish.

Pernah tak terfikir kenderaan apa yang mereka pandu untuk hadir ke sesi latihan di Melwood?

Bagi yang tertanya-tanya kami senaraikan 10 koleksi kereta milik pemain Liverpool!

  1. Mohamed Salah (Bentley Continental GT)
    Gaji: GBP220,000

Pemain sayap, Mohamed Salah, memiliki sebuah Bentley Continental GT sebagai kenderaan harian terutamanya untuk hadir ke sesi latihan di Melwood.

Dia turut memiliki beberapa kenderaan unik lain antaranya Lamborghini Aventador.

  1. Sadio Mane (Audi RS7)
    Gaji: GBP150,000

Pasangan Salah di sayap kiri, Sadio Mane, memiliki sebuah Audi RS7 dan beberapa koleksi lain antaranya Mercedes G63 AMG G-Wagon) dan Bentley Continental GT.

  1. Roberto Firmino (Range Rover Sport)
    Gaji: GBP180,000

Firmino sering kelihatan menggunakan Range Rover Sport serba hitam sebagai kenderaan harian namun dia turut memiliki beberapa jentera lain antaranya sebuah Rolls Royce Phantom berharga GBP360,000 (RM1.9 juta).

  1. James Milner (BMW X5)
    Gaji: GBP90,000

Pemain berpengalaman yang kini mempunyai tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris – dua bersama Manchester City – memiliki sebuah BMW X5 berharga sekitar RM448,800.00.

  1. Virgil Van Dijk (Mercedes Benz G63 AMG)
    Gaji: GBP175,000

Pemain pertahanan tengah terbaik dunia ketika ini, Virgil van Dijk menggunakan Mercedes Benz G63 AMG (G-Wagon) sebagai kenderaan harian.

G-Wagon sememangnya cukup popular dikalangan pemain bola sepak dengan beberapa bintang lain turut memilikinya termasuk penyerang Manchester United, Marcus Rashford, Wilfried Zaha (Crystal Palace) dan Alexandre Lacazette (Arsenal).

  1. Trent Alexander Arnold (Mercedes S63 AMG Coupe)
    Gaji: GBP60,000

Pakar sepakan percuma The Reds, Trent yang baru berusia 21 tahun memiliki sebuah Mercedes S63 AMG Coupe bernilai sekitar RM820,888!

  1. Fabinho (McLaren 570S)
    Gaji: GBP100,000

Bertindak selaku ‘defensive midfielder’, pemain kelahiran Brazil ini yang sertai Liverpool pada musim 2018/19 memiliki sebuah McLaren 570S!

  1. Jordan Henderson (Bentley Bentayga)
    Gaji: GBP110,000

Kapten Liverpool, Henderson menggunakan Bentley Bentayga yang berharga RM1.6 juta!

Berhijrah daripada Sunderland pada 2011, Hendo muncul kapten pertama yang berjaya memacu kemenangan The Reds bagi musim 2019/20 selepas Steven Gerrard hampir melakukannya pada musim 2013/14.

  1. Andrew Robertson (Range Rover Sport)
    Gaji: GBP70,000

Bek kiri yang dibeli dengan harga hanya GBP8 juta daripada Hull City ini kini muncul antara yang terbaik dunia.

Pemain kelahiran Scotland ini menggunakan Range Rover Sport sebagai kenderaan harian dan sering kelihatan di tapak latihan di Melwood.

  1. Alisson Becker (Audi Q7)
    Gaji: GBP120,000

Pemain kelahiran Brazil yang berhijrah ke Liverpool pada 2018/19 dengan harga GBP66.8 juta (RM355 juta) memandu sebuah Audi Q7 sebagai kenderaan harian.

Bagaimanapun, dia turut memiliki kenderaan mewah lain namun Q7 tersebut merupakan pilihan untuk ke Melwood.

  1. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (Vauxhall Astra)

Sebagai pengurus dan bekas pemain bola sepak, Jurgen Klopp hanya memilih untuk memandu sebuah Vauxhall Astra yang berharga sekitar GBP19,000 (RM101,200).

Meskipun tak memilih untuk bergerak secara mewah namun Klopp mengukir nama sebagai pengurus paling berjaya apabila membawa Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim lalu sebelum mengangkat The Reds julang piala EPL.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.