Vespa Primavera X Sean Wotherspoon Diperkenalkan Secara Rasmi

Setelah sekian lama gambar kolaborasi di antara Vespa dan Sean Wotherspoon tular, akhirnya skuter edisi terhad itu diperkenalkan dengan rasminya.

Vespa Primaveria X Sean Wotherspoon ini mencuri perhatian apabila julung kalinya dipertontonkan kepada dunia di Milan tahun lalu.

Dunia hypebeast dan peminat barangan vintaj mengenali Sean Wotherspoon sebagai ikon dunia fesyen vintaj Amerika Syarikat.

Selepas mengukir nama dengan Nike menerusi Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon, dia bingkas menarik perhatian Vespa.

Sumber: Sneakernews

Vespa dan Wotherspoon telah menjalinkan kerjasama bagi menghasilkan Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon.

Jika Nike Air Max 97/1 Sean Wotherspoon merangkumi pelbagai pilihan warna, Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon turut menampilkan impak sama dengan pilihan warna aquamarine, hijau, merah dan kuning serta puith dan panel berwarna hitam serta panel krom.

Menariknya, tempat duduk menggunakan bahan jenis baldu yang merupakan julung kalinya diguna pakai terhadap sebuah jentera dua roda.

Bagi mengetengahkan kolaborasi ini, beberapa aksesori lain turut akan diperkenalkan.

Vespa Primavera 2020 X Sean Wotherspoon akan ditawarkan dalam tiga varian, 50cc, 125cc dan 150cc.

Sebelum ini, Vespa turut melancarkan sebuah model edisi terhad hasil kerjasama dengan Dior.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]