MB Perak Beralih Ke Lexus ES Sebagai Kenderaan Rasmi

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah menaik taraf kereta rasminya daripada Toyota Camry kepada Lexus ES.

Kereta baharu tersebut telah dilihat ketika kunjungan rasminya ke SMK Methodist (P) dan SMJK Sam Tet ketika pembukaan semula sekolah bagi tingkatan 5 dan 6 hari ini.

Dia yang ditemui oleh kumpulan wartawan dalam kunjungannya menjelaskan bahawa Camry tersebut telah diserahkan kepada salah seorang Exco kerajaan negeri.

Menurutnya, kerajaan negeri telah membeli beberapa unit Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi Exco termasuk tiga pegawai kanan namun salah satu daripadanya telah dijual kepada bekas Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Rohana Abdul Malek.

Sebanyak 16 unit Toyota Camry dibeli pada Jun tahun lalu bagi kegunaan Exco dan pegawai kerajaan menggantikan Proton Perdana yang dibeli pada 2014.

Pada masa sama, Ahmad Faizal turut mendedahkan pihaknya telah menerima diskaun di antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi pembelian Lexus ES model 2019 terbabit.

Difahamkan, kerajaan negeri kini dalam proses menjual beberapa unit kenderaan rasmi yang tidak digunakan antaranya sebuah Mercedes Benz S Class. – – Sinar Harian

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]