Pelumba British Superbike, Ben Godfrey Maut Kemalangan Ketika Track Day

Advertisements

Pelumba Kejuaraan Superbike British, Ben Godfrey meninggal dunia apabila terlibat kemalangan di litar perlumbaan Donington Park, Ahad lalu.

Ben Godfrey di Sepang 8 Hours 2019

Godfrey terjatuh daripada jenteranya apabila berlanggar dengan seorang lagi pelumba ketika acara No Limit Trackdays.

Pelumba berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi pelumba – lelaki berusia 31 tahun – dibawa ke Pusat Rawataan Queens untuk rawatan lanjut.

Pihak No Limit Trackdays dalam satu kenyataan memaklumkan, “ketika sesi kumpulan kedua keluar, Ben Godfrey telah berlanggar dengan seorang lagi pelumba lantas terjatuh daripada jenteranya.

“Dia mengalami kecederaan serius dan meskipun pihak perubatan bergegas memberi bantuan, dia meninggal dunia sejurus selepas itu.

“Kami dengan dukacita memaklumkan Ben meninggal dunia susulan kecederaan serius.”

Godfrey sepatutnya beraksi di Ducati TriOptions Cup tahun ini di Silverstone bersama pasukan BGR.

Dia juga pernah beraksi di Litar Antarabangsa Sepang bersama pasukan Mototech bagi saingan Sepang 8 Hours tahun lalu.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.