Layan Pelancaran Range Rover Evoque Baharu 26 Jun Ini!

Jaguar Land Rover Malaysia menjemput orang ramai menyaksikan pelancaran Range Rover Evoque baharu menerusi siaran strim langsung 26 Jun ini.

Strim langsung tersebut akan disiarkan menerusi laman Facebook Land Rover Malaysia pada jam 11 pagi.

Ini merupakan julung kalinya Jaguar Land Rover Malaysia mengadakan pelancaran model baharu menerusi siaran strim langsung namun orang ramai akan mendapat maklumat lebih terperinci mengenai model terbabit.

Antara ciri terbaru yang diperkenalkan pada Evoque 2020 ini adalah teknologi ClearSight yang merangkumi ClearSight Rear View Mirror yang akan memaparkan skrin video HD apabila diaktifkan.

Evoque baharu ini juga merupakan kenderaan Land Rover pertama yang mengguna pakai Smart Settings – teknologi A.I yang akan membaca pemanduan pemandu sekaligus membuat tetapan mengikut kesesuaian.

Bukan itu sahaja, ciri ini juga akan belajar tetapan suhu, media dan nombor telefon yang sering diguna pakai pemandu.

Pelanggan juga boleh menikmati ruang letak barang yang luas, 591 liter yang boleh ditingkatkan kepada 1,383 liter apabila kerusi barisan kedua dilipat.

Maklumat lebih terperinci termasuk harga akan didedahkan pada hari pelancaran tersebut.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]