JPJ : Tiada Tindakan Terhadap 2 Juta Rakyat Malaysia Dengan Lesen Tamat Tempoh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengambil tindakan terhadap 2 juta rakyat Malaysia dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Menurut rekod dari 18 Mac sehingga 14 Jun, sejumlah 2,119,653 cukai jalan dan 2,184,508 lesen masih belum diperbaharui.

“JPJ tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang dikecualikan daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen dalam tempoh PKP,” katanya.

Bagaimanapun, JPJ menjelaskan setiap pengguna jalan raya perlu mempunyai insurans perlindungan yang sah.

Kaunter JPJ telah pun kembali beroperasi sepenuhnya dengan orang ramai turut boleh memperbaharui cukai jalan secara atas talian menerusi aplikasi mySikap. – The Star

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]