Langgan Kapcai Custom Dan Peluang Menangi Honda RS150R Atau Yamaha 15ZR!

Arena kapcai merupakan segmen paling popular di Malaysia bukan sahaja disebabkan harga yang mampu milik malah peluang untuk melakukan pelbagai pengubahsuaian mengikut cita rasa pemilik.

Bagi merancakkan lagi dunia kapcai, Kapcai Custom mahu membawa peminat dan motosikal masing-masing merasai pengalaman terbaik dan unik.

Kapcai Custom menawarkan laman web, platform media sosial dan e-dagang yang dilancarkan oleh dua individu penting daripada Wit Ink Creative Sdn Bhd, Azli Othman dan Ray Hong.

Azli menyifatkan Kapcai Custom diwujudkan selepas mendapat belum ada sesiapa pun yang cuba mewujudkan komuniti yang menawarkan servis dan produk berbaloi kepada peminat kapcai di Malaysia.

“Sasaran kami adalah menyediakan pengalaman terbaik kepada peminat kapcai. Kami merancang untuk menyediakan produk unik untuk dijual, ride untuk tujuan amal, ride hujung minggu, aktiviti menarik dan acara yang akan memberi faedah kepada semua,” jelas Azli.

“Selepas kami berjaya meraih komuniti yang lebih besar, kami akan mempunyai kekuatan untuk mendapatkan harga lebih menarik bagi aksesori, pakaian dan – dalam perancangan – tiket MotoGP bagi peminat kapcai,” tambah Ray.

Bagi memulakan langkah ke dalam arena kapcai, Kapcai Custom menawarkan pakej langganan 6-bulan berharga RM388 yang merangkumi enam t-shirt (satu setiap bulan).

Menerusi pembelian pakej ini, pelanggan berpeluang memenangi aksesori kapcai bernilai RM5,000 (satu setiap bulan) atau membawa pulang sebuah Honda RS150R atau Yamaha Y15ZR!

Untuk maklumat lanjut layari https://www.kapcaicustom.com.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply