Ford Ranger FX4 Kini Di Malaysia – RM126,888!

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Ford Ranger FX4 untuk pasaran Malaysia menerusi siaran strim langsung hari ini.

Pelancaran tersebut turut menandakan sejarah baharu bagi sebuah trak pikap yang dilancarkan menerusi atas talian.

Ford Ranger FX4 ini didatangkan dengan rekaan gril depan baharu, rim gloss black 18 inci dengan tayar All-Terrain sekaligus menawarkan identiti serba baharu.

Ruang dalam turut menampilkan ciri berlainan dengan penggunaan kerusi kulit yang turut menampakkan logo FX4 termasuk sulaman berwarna merah yang menonjolkan rupa ‘jahat’ Ranger FX4.

Menurut Ford, FX4 direka untuk pelanggan yang bukan sahaja mencari trak pikap untuk kegunaan bandar malah bagi yang meminat aktiviti adventure di hujung minggu.

Ford Ranger FX4 ini didatangkan dengan enjin Duratorq 2.2L turbodiesel yag menawarkan 159hp dan 385Nm.

Meskipun membawa imej trak pikap, Ranger FX4 ini turut dilengkapi pelbagai sistem dan teknologi terkini antaranya:

  • paparan sesentuh 8′
  • sistem multimedia SYNC
  • reverse camera
  • electronic shift-on-the-fly 4×4
  • rain-sensing wipers
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS)
  • Daytime Running Light (DRL)
  • dua bag udara
  • Limited Slip Differential
  • Hill Descent Control
  • Hill Launch Assist
  • Antilock Braking System (ABS)
  • Emergency Brake Assist (EBA)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Electronic Stability Control dan Traction Control
  • Rollover Mitigation
  • Trailer Sway Control dan Load Control

Dalam bahasa mudah, Ford Ranger FX4 menawarkan ciri keselamatan terbaik untuk pelanggannya.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi mount tempat duduk kanak-kanak ISOFIX sekaligus menjaminkan keselamatan anak anda.

Menariknya, SDAC menawarkan aksesori tambahan bernilai RM5,398 bagi 150 pelanggan pertama yang membuat tempahan.

Ford Ranger FX4 ditawarkan dengan harga RM126,888 dan turut disertakan bersama waranti tiga tahun atau 100,000km (mana yang sampai dulu).

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Ford Malaysia menerusi jurujual digital secara WhatsApp di +6019-204 1200 dari 9 pagi hingga 4 petang.

Layari https://www.sdacford.com.my untuk maklumat lanjut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply