Dorna Mengesahkan GP Jepun Turut Dibatalkan

GP Jepun yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober ini muncul venue keenam MotoGP yang turut dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Mengikut perancangan awal, Litar Motegi sepatutnya menjadi tuan rumah MotoGP diantara Thailand dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mengesahkan perkara itu.

Dia turut mendedahkan bahawa segala venue yang membabitkan penerbangan akan dibatalkan sehinggalah pertengahan bulan November.

Meskipun Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijadualkan pada 1 November namun peluang penganjuran itu masih ada bergantung pada situasi ketika itu.

“Dengan dukacita kami mengumumkan pembatalan GP Japan di litar Motegi. Ini merupakan julung kalinya Jepun tiada dalam kalendar MotoGP sejak 1986.

“Bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk memulakan semula MotoGP musim 2020 dan cuba menganjurkan sebanyak perlumbaan yang mungkin,” jelas Ezpeleta.

Menurut Ezpeleta lagi, fokus FIM dan Dorna ketika ini hanyalah terarah kepada penganjuran MotoGP di benua Eropah sehingga pertengahan bulan November.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]