Bajaj Pulsar RS400 Bakal Dilancarkan Di Indonesia

Advertisements

Bajaj didakwa akan melancarkan RS400 bagi pasaran Indonesia pada Ogos tahun ini.

Menurut laporan, Bajaj telah pun melengkapkan proses dokumentasi dengan kerajaan Indonesia bagi membawa masuk model tersebut.

Meskipun menampilkan rekaan sama seperti RS200 namun Bajaj dijangka melakukan beberapa penambahbaikan antaranya rekaan lampu belakang serba baharu.

Model baharu ini juga dijangka akan mengguna pakai paparan digital seperti yang terdapat pada Dominar D400.

Sementara itu, RS400 akan mengguna pakai enjin baharu – yang terdapat pada Dominar D400 dengan pematuhan piawaian BS6 – yang kini menawarkan 40hp dan 35Nm.

Bajaj RS400 ini juga akan menawarkan tempat duduk yang lebih ergonomik sesuai untuk semua jenis penunggang tak kira tinggi atau rendah.

Ketika ini tiada ura-ura sama ada RS400 akan dibawa ke pasaran Malaysia menerusi Modenas. –  Iwanbanaran

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI