Motosikal Elektrik Singapura Sasar Pasaran Asia Tenggara

Advertisements

Scorpio Electric merancang untuk memperkenalkan motosikal sulung syarikat itu pertengahan tahun ini untuk pasaran Asia Tenggara.

Meskipun dunia ketika ini dilanda pandemik Covid-19 termasuk Singapura yang kini merekodkan lebih 23,822 kes positif dengan 20 kematian, situasi itu tidak mengekang hasrat Scorpio Electric.

Sebaliknya, ketua operasi, Muhammad Taureza menganggap senario semasa hanya memberi impak kecil terhadap syarikat itu.

Menurutnya, mereka kini masih meneruskan perancangan untuk melancarkan motosikal elektrik pintar tahun ini.

Scorpio Electric merupakan anak syarikat EuroSports Technologies yang didukung oleh EuroSports Global.

Menurut laporan, Scorpio Electric menawarkan fasiliti seluas 12,000 meter persegi yang menempatkan kilang dan gudang.

Menariknya, fasiliti itu dijangka mampu menghasilkan lebih 8,000 unit mtoosikal elektrik setahun.

Difahamkan, motosikal elektrik pintar ini mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan analisis data yang bertindak membuat tetapan tunggangan mengikut senario semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Tham Kwang Sheun menyifatkan motosikal elektrik sebagai masa depan baharu dalam usaha mengurangkan kadar emisi di Asia Tenggara. – Channel News Asia

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.