Rossi-Morbidelli Hampir Pasti Gandingan Baharu Petronas SRT 2021

Advertisements

Baru-baru ini, Datuk Razlan Razali mengesahkan pasukannya, Petronas Sepang Racing Team (SRT) sedia menerima cadangan penyertaan Valentino Rossi bagi musim 2021.

Kini, timbul laporan media mendakwa Rossi hampir pasti berhijrah ke Petronas SRT musim depan.

Juara dunia sembilan kali itu (tujuh kali di kelas premier) kehilangan tempatnya bersama Factory Yamaha selepas pasukan itu memikat Fabio Quartararo dari Petronas SRT.

Sekiranya, Petronas SRT berjaya memeterai perjanjian bersama Rossi, pelumba berusia 41 tahun itu akan digandingkan bersama Franco Morbidelli.

Morbidelli menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-10 keseluruhan sementara Quartararo lebih cemerlang di kedudukan kelima selepas merekodkan enam petak pertama dan tujuh podium meskipun baru dalam musim sulung di kelas premier.

Musim ini, Quartararo diberi peluang berlumba dengan jentera spesifikasi factory sebagai persediaan untuk musim depan.

Difahamkan, perjanjian di antara Rossi dan Petronas SRT akan diumumkan dalam masa terdekat.- GP One

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.