PKPB Disambung Empat Minggu Lagi Sehingga 9 Jun

Advertisements

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awalnya dijadualkan berakhir pada 12 Mei.

Lanjutan empat minggu itu merupakan usaha kerajaan dalam memastikan jumlah kes positif Covid-19 kekal pada kadar rendah termasuk menambah kawasan hijau seluruh negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa pergerakan antara negeri atau balik kampung sempena Aidilfitri tidak dibenarkan namun ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri sama dengan had maksimum 20 orang dalam satu masa.

Bagaimanapun, aktiviti rumah terbuka dan jamuan besar masih tidak dibenarkan.

Sementara itu, kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan yang duduk berjauhan antara satu sama lain untuk bertemu keluarga.

Bagaimanapun, pasangan terkesan perlu membuat permohonan terlebih dahulu menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.