Jangan Pakai Jaket Terbalik Kalau Nak Elak Kemalangan Ngeri

Pengguna Twitter, Hafiz menasihatkan penunggang motosikal untuk memakai jaket dengan betul agar tidak berlaku kemalangan seperti dialaminya.

Dia memuat naik beberapa gambar di Twitter dan berkongsi kisahnya yang hampir mengalami kemalangan serius gara-gara tidak memakai jaket dengan betul menerusi World Of Buzz. 

Ini kerana Hafiz mengenakan jaket tersebut secara terbalik dan meskipun tidak menunggang terlalu laju, tindakannya itu menyebabkan jaketnya tersangkut di sproket tayar.

Dia kemudiannya sempat mengenakan brek mengejut dan elak daripada berlakunya kejadian lebih teruk.

Pemakaian jaket secara terbalik sudah dianggap norma dikalangan penunggang motosikal di Malaysia.

Tahun lalu, seorang penunggang motosikal kemalangan apabila jaketnya turut tersangkut dan hampir menjerut lehernya dalam kejadian di Kluang, Johor.

https://www.youtube.com/watch?v=Vr2geYy8H5g

Bagaimanapun, diharapkan insiden seperti ini memberi pengajaran kepada penunggang motosikal lain untuk mengutamakan keselamatan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply