MotoGP Rancang Dua Perlumbaan Berturut-Turut Di Litar Jerez

MotoGP merancang untuk mengadakan dua perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez dalam percubaan untuk menyelamatkan musim 2020.

Difahamkan, Dorna merancang dua perlumbaan tersebut berlangsung pada 17-19 Julai dan 24-26 Julai.

Perancangan bangkit selepas sesi perbincangan video di antara Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta bersama wakil kerajaan Andalusia dan datuk bandar Jerez.

Bagaimanapun, perancangan tersebut bergantung kepada sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Sepanyol ketika ini.

Sementara itu, kedua-dua perlumbaan tersebut dijangka akan dilaksanakan secara tertutup tanpa sebarang penonton kecuali kakitangan perlu sahaja.

Terbaru, GP Jerman, Belanda dan Finland telah pun dibatalkan termasuk aksi pembukaan GP Qatar sementara GP Perancis, Catalunya dan Itali telah ditunda ke tarikh lain.

Dorna dijangka akan melakukan perubahan jadual bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19 dalam usaha menghidupkan semula musim 2020.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]