Mini EV X2: Kereta Elektrik Berharga RM13,800 Bakal Masuk Malaysia?

Beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta elektrik Mini EV X2 berlegar di laman sosial Facebook menarik perhatian netizen.

Hal ini kerana, kereta elektrik tersebut dikhabarkan akan dijual dengan hanya RM13,800 (harga promosi berbanding RM18,800) sahaja menurut risalah yang dikongsikan.

Bukan itu sahaja, rekaan keseluruhan yang kompak dan comel di samping menawarkan motor elektrik pastinya mengujakan rakyat Malaysia yang mengharapkan kenderaan empat roda dengan harga mampu milik.

Sebuah laman sesawang khas miniev.online dan akaun Facebook turut diwujudkan bagi rakyat Malaysia yang memaparkan maklumat dan risalah lebih terperinci mengenai model elektrik ini.

Menurut info yang dikongsikan, Mini EV X2 mampu bergerak sejauh 120km dengan setiap – 8 jam – cas penuh dan menawarkan kelajuan maksima di antara 50 hingga 80 km/j.

Ciri menarik lain yang ditawarkan:

  • paparan meter digital
  • skrin sesentuh 9 inci
  • lampu LED
  • kamera undur
  • cakera brek depan dan belakang
  • ruang tempat letak barang 850L *tak dapat dipastikan kebenaran sebab macam tak masuk akal*

Sekiranya ada yang berminat, disarankan untuk bersabar kerana berdasarkan info dikongsikan Abang Gan dari Pandulaju, semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati tiada sebarang permohonan diterima mengenai kenderaan terbabit.

Mini EV X2 ini juga belum mendapat kelulusan VAT untuk berada di atas jalan raya.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak  melakukan sebarang tempahan atau permohonan terlebih dahulu terhadap sebarang kenderaan yang masih belum menerima kelulusan VAT daripada pihak JPJ.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply