PKPB: Balik Kampung Sempena Aidilfitri Tak Dibenarkan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.

Menerusi PKPB, hampir semua aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan berjalan namun perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan bahawa balik kampung sempena Aidilfitri masih tidak dibenarkan.

Sementara itu, beberapa aktiviti sosial lain yang dibenarkan bermula 4 Mei ini adalah aktiviti bersukan dalam kumpulan kecil antaranya joggin, badminton dan golf asalkan mematuhi syarat penjarakan sosial.

Namun begitu, aktiviti yang melibatkan kumpulan besar tidak dibenarkan antaranya konsert, bola sepak, dan solat Jumaat.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply