SYM DRG BT ABS Dilancarkan Di Jepun – 158cc, 14.6hp

 

Jenama motosikal Taiwan, SYM telah melancarkan skuter sport baharu di Jepun.

SYM DRG BT ini tampil dengan rekaan sporty dan radikal tatkala pengeluar itu mendakwa diinspirasikan daripada seekor naga.

Model ini menawarkan pelbagai ciri terkini antaranya penggunaan lampu depan dan belakang LED termasuk lampu isyarat kiri dan kanan serta paparan digital berwarna.

 

SYM DRG BT ini dijana enjin 158cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 14.6hp dan 15.44Nm.

 

Skuter ini menggunakan rim aloi 13′ (depan dan belakang) dengan fork teleskopik di bahagian depan dan monoshock di belakang manakala sistem membrek dikendalikan brek cakera dengan ABS dwi-saluran (dual-channel).

SYM DRG BT ini ditawarkan dengan harga 409,000 Yen (RM16,667).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]