Popular Di China, Honda CBF190R Bakal Dipasarkan Di India

Selepas Honda CBF190R mencatatkan populariti di China, jentera itu dilaporkan akan dipasarkan di India.

Perkara itu disahkan apabila pengeluar motosikal Jepun itu memfailkan paten CBF190R di India.

Honda CBF190R sebelum ini hanya eksklusif untuk pasaran China termasuk CBF190X dan beberapa model 190 lain.

Honda CBF190R merupakan motosikal jenis naked yang menawarkan enjin 184cc satu silinder dengan suntikan bahan api yang menghasilkan 17hp pada 8,000rpm dan 15Nm pada 7,000rpm.

Menariknya, jentera ini didatangkan dengan fork USD, rim 17 inci, lampu LED, paparan digital di samping menawarkan berat sekitar 140 kg sahaja.

Bagi yang memburu motosikal berkuasa, CBF190R bukanlah jentera yang dicari sebaliknya lebih sesuai untuk tunggangan harian.

Model ini juga dijangka akan memberi saingan sengit kepada KTM Duke 200, Bajaj Pulsar NS200/RS200 dan TVS RTR 200.- Motorbeam

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]