TVS Motor Company Beli Norton Motorcycle RM87 Juta

Advertisements

Bebeberapa minggu selepas TVS Motor Company dikhabarkan berminat untuk ambil alih Norton Motorcycle, desas-desus itu menjadi kenyataan, hari ini.

Pengeluar motosikal India, TVS Motor Company sah pemilik baharu jenama motosikal Britain, Norton Motorcycle selepas membuat pembelian sekitar GBP16 juta (RM87.4 juta).

Norton telah pun diletakkan dibawah Administration susulan kegagalan melangsaikan hutang ketika di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Garner, sebelum ini.

Pembelian ini sekaligus menandakan langkah baru TVS dalam memperkembangkan jenama itu termasuk India dalam pasaran dua roda dunia.

Norton ditubuhkan pada tahun 1898 menerusi James Lansdowne Norton di Birmingham dan bingkas mencipta nama antara motosikal popular Britain.

Pengarah Urusan Bersama TVS Motor Company, Sudarshan Venu menyifatkan pembelian Norton sebagai peluang terbaik untuk kedua-dua jenama itu melebarkan sayap.

“Norton adalah jenama ikonik Britain yang diraikan di seluruh dunia sekaligus menghadirkan peluang untuk jenama kami berkembang secara global,” jelasnya.

Sementara itu, Venu memberi jaminan bahawa TVS akan terus mengekalkan identiti tersendiri namun akan bekerja rapat dengan pasukan Norton dalam memastikan jenama itu kembali berkembang bersama TVS.

Pembelian ini sekaligus bakal menyaksikan jentera popular Norton antaranya Commando, Dominator dan V4 RR akan dipasarkan ke pasaran yang lebih luas.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.