Jeremy Clarkson Ketepikan Steve McQueen Dan Vin Diesel, Dipilih Ikon Automotif TV

Bekas pengacara Top Gear UK, Jeremy Clarkson, dipilih sebagai ikon automotif televisyen mengetepikan pelakon The Great Escape, Steve McQueen.

Keputusan itu diperoleh menerusi undian OnePoll yang dijalankan Hyundai bagi mengenal pasti siapakah ikon automotif masa kini.

Selepas menerima lebih 2,000 undian daripada penduduk Britain, majoriti memilih Jeremy Clarkson sebagai ikon automotif mengetepikan Steve McQueen.

Clarkson dipilih susulan kejayaannya di arena automotif menerusi rancangan popular Top Gear UK dan kini The Grand Tour bersama Richard Hammond dan James May.

Rata-rata peminat dunia automotif gemar dengan sifat ‘cakap lepas’ dan mulut laser Jeremny yang sering kali mencetuskan kontroversi.

Steve McQueen muncul tempat kedua diikuti Hammond, Vin Diesel dan bintang James Bond, Sir Sean Connery CBE.

May, mendiang Paul Walker, Daniel Craig dan Sir Roger Moore turut mengisi kedudukan 10 terbaik.

Sementara itu, filem The Italian Job, Bullit dan francais Fast and Furious dipilih sebagai filem kereta terbaik manakala Aston Martin DB5 yang muncul dalam filem James Bond diundi sebagai kereta dalam filem terbaik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]