Sebuah rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden ngeri berlaku di daerah Na Klang, Thailand, Isnin lalu.
Rakaman tersebut memaparkan seorang pemandu kereta telah bertindak membuka pintu tanpa menghiraukan kedatangan sebuah motosikal.
Apa boleh berlaku jika tak tengok belakang semasa buka pintu kereta. ?♀️
Seorang wanita yang menunggang motosikal terbunuh digilis treler selepas terbabas akibat terlanggar pintu kereta yang dibuka seorang lelaki. Kejadian 1.30 petang, 13 April 2020 di daerah Na Klang, Thailand. pic.twitter.com/iugfgCgxNn
— Autotoxic Melei (@santeira) April 14, 2020
Tindakan itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit yang merupakan seorang wanita melanggar pintu tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas.
Pada masa sama, terdapat sebuah lori muatan berat yang turut melalui jalan tersebut dan gagal mengelak mangsa yang telah pun mengalami kemalangan.
Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!