Ramai Tak Takut Kompaun RM1,000, Tangkap Dan Hadap Mahkamah Bermula 15 April

Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan berlembut dengan hanya mengenakan kompaun RM1,000 terhadap pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pesalah ingkar PKP dengan menahan dan dihadapkan ke mahkamah bermula 15 April ini.

Tindakan itu diambil susulan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya sekaligus mampu merencatkan usaha kerajaan dan rakyat dalam sama-sama membendung penularan Covid-19.

“Bermula Fasa 3 esok (15 April) tindakan yang lebih tegas akan diambil ini kerana seolah-olah orang ramai tidak takut dengan undang-undang yang ada setakat ini.

“Mungkin RM1,000 tidak terlalu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar PKP. Jadi mulai esok, siapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.

“Biarlah mahkamah yang menentukan,” jelas Dato Sri Ismail Sabri.

Setakat ini, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP telah pun mencecah 9,090 sementara sejumlah 4,036 kompaun telah pun dikeluarkan.

Terdahulu, enam sekeluarga dikenakan kompaun RM6,000 gara-gara keluar berama-ramai ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam, Selangor, Sabtu lalu.

Mereka dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan 11, Pecagahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply