Pemakaian Topeng Muka Norma Baharu Pasca Covid-19?

Ketika Malaysia dimandikan dengan Wawasan 2020, masa depan ‘baharu’ yang akan dibentuk antaranya menerusi kereta terbang, pandemik Covid-19 pula yang tiba dan mengubah kehidupan rakyat di Malaysia dan seluruh dunia.

Antara perubahan ketara yang kini semakin menjadi norma harian orang sejak kedatangan wabak Covid-19 adalah penjagaan jarak (social distancing) dan pemakaian topeng muka.

Susulan Covid-19 mampu tular menerusi sentuhan dan penyebaran cecair secara aerosol (bersin dan batuk), pemakaian topeng muka merupakan aspek penting apatah lagi bagi mereka yang menunjukkan simpton wabak terbabit.

Pentingnya topeng muka sehinggakan beberapa pengeluar kereta mula menghasilkan topeng dan pelindung muka bagi petugas barisan hadapan dan orang ramai.

Tatkala tiada pihak yang mampu merungkai durasi penularan Covid-19, tidak hairan jika pemakaian topeng muka bakal menjadi aksesori harian.

Memahami kepentingan topeng muka, Render Weekly melaksanakan ‘Face Mask Challenge’ yang membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan rekaan topeng muka.

1. Pereka Michael Soleo

Kita kadang kala terlupa, golongan OKU juga antara yang terkesan. Untuk itu Michale Soleo mereka topeng muka khas yang memudahkan golongan bisu dan pekak membaca gerak bibir supaya mudah berkomunikasi.

2. Pereka David Olivares

Diinspirasikan daripada jenama audio AIAIAI, topeng muka ini mudah dibuka dan tutup mengikut kesesuaian dan gaya mengikut cita rasa si pemakai.

Topeng ini juga mengurangkan bahan yang perlu dibuang selepas penggunaan sekaligus mengurangkan penggunaan bahan semula jadi.

3. Pereka Oliver Perretta

Mendapat suntikan topeng muka AIRPOP, topeng ini bukan sahaja menapis udara tetapi turut berfungsi sebagai pemantau kualiti udara yang akan disalurkan kepada telefon pintar si pemakai.

4. Pereka Zack Massos dan Eitan Adika

Kedua pereka ini menggabungkan ciri yang terdapat pada topeng muka dengan fon kepala (headphones)! Memahami pemakaian topeng muka sebagai aksesori harian pada masa akan datang, gabungan kedua-dua ciri ini tampak futuristik namun praktikal.

5. Pereka Roshan Hakkim

Hakkim mereka sebuah pelindung muka menggunakan botol PET yang dikitar semula. Inisiatif ini sekaligus bukan sahaja membantu petugas barisan hadapan malah mempromosikan kitar semula.

6. Pereka IJ

Mendapat inspirasi daripada jenama sukan terkenal Amerika Syarikat, New Balance, IJ mengetengahkan sentuhan peribadi si pemakai yang boleh memilih warna dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan topeng muka ini sekaligus mengekalkan kepentingan fesyen di sebalik ciri praktikal yang ditawarkan topeng muka sedia ada.

Adakah pemakaian topeng muka akan menjadi aksesori harian bagi manusia pada masa akan datang? Pada masa sama, adakah pengeluar helmet motosikal dan beberapa pengeluar lain akan memberi penekanan terhadap perlindungan muka?

Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]