SIC Umum CEO Baharu, Netizen Gesa Formula 1 Dikembalikan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu menggantikan Dato Razlan Razali.

Razlan meninggalkan jawatan dipegangnya lebih 11 tahun itu bagi memberi perhatian penuh terhadap pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT).

Bagaimanapun, sebaik SIC mengumumkan pelantikan tersebut, laman Facebook rasmi mereka dihujani komen netizen yang menggesa CEO baharu itu mengembalikan sukan Formula 1.

Tahun 2017 merupakan kali terakhir Malaysia menganjurkan F1 sejak kali pertama melakukannya pada 1999.

Ketika itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa F1 memakan perbelanjaan yang besar.

“Kos terlalu tinggi dan pada 1999, Malaysia negara pertama di Asia selain Jepun yang menganjurkan F1 namun kini sudah terlalu banyak venue,” jelasnya menurut express.co.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz turut mendedahkan Malaysia menanggung kerugian lebih RM 300 juta setiap tahun bagi setiap penganjuran F1 dan tidak dapat mendapat pulangan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply